Tadika Ceria Az-Zahrah (Klang)
|
Az-Zahrah, segalanya bermula disini.Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Para pelawat yang dirahmati Allah dan disayangi nabi, Selamat Datang ke Laman Sesawang Az-Zahrah! Didoakan hari ini tuan dan cikpuan sedang berada di dalam nikmat kesihatan dan kebahagiaan serta dikelilingi oleh rahmat serta kasih sayang Allah s.w.t. Tadika Ceria Az-Zahrah merupakan salah satu daripada jaringan institusi pendidikan yang menyediakan perkhidmatan penjagaan serta pendidikan awal kanak-kanak yang bernaung di bawah Az-Zahrah Education Network. Jaringan institusi pendidikan Az-Zahrah terdiri daripada Taska Az-Zahrah, Tadika Ceria Az-Zahrah, Pusat Jagaan Kanak-kanak Az-Zahrah, Pusat Transit Az-Zahrah & Pusat Al-Quran Az-Zahrah yang bertempat di Klang, Selangor. Di Az-Zahrah, kami mementingkan pembinaan sahsiah serta perkembangan holistik untuk kanak-kanak. Tenaga pengajar serta pengasuh terlatih kami sentiasa bersedia dan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anda dan anak-anak. Tadika Ceria Az-Zahrah merupakan tadika berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia; No. Pendaftaran B5A0139. |
Liputan Media
|
|
Aktiviti di Az-Zahrah
|
|
|
|