TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH, KLANG
  • Home
  • Konsep & Falsafah
  • Yuran Pendidikan
  • Kenali kami
  • Membesar di Az-Zahrah
  • Program & Aktiviti
  • Artikel & Perkongsian
  • Lagu & Lirik Kanak-kanak
  • Diari & Galeri
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Konsep & Falsafah
  • Yuran Pendidikan
  • Kenali kami
  • Membesar di Az-Zahrah
  • Program & Aktiviti
  • Artikel & Perkongsian
  • Lagu & Lirik Kanak-kanak
  • Diari & Galeri
  • Hubungi Kami

TONGGAK

utama kami
Picture
SAHSIAH

Tadika Ceria Az-Zahrah memberi lebih perhatian terhadap pembentukan sahsiah dan karakter. Bagi melahirkan pelajar sepanjang hayat, kanak-kanak yang menerima bimbingan kami dididik untuk:

Ingin Tahu
Berketrampilan

Berkepimpinan
Berani
Bijak & serba boleh
Beradab sopan
Suka belajar
Picture
SEIMBANG

Segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Tadika Ceria Az-Zahrah disusun untuk membina asas insan seimbang yang kukuh.
 
Semua tunjang perkembangan anak wajar diberi perhatian yang adil dan dipupuk oleh pendidik.


Komunikasi
Perkembangan Fizikal & Estetika
Kerohanian, Sikap & Nilai
Sains & Teknologi
Kemanusiaan
Ketrampilan Diri 
Picture
SEJAHTERA

​Kesejahteraan setiap anak adalah keutamaan kami.

Setiap pendekatan yang digunakan oleh pendidik di Tadika Ceria Az-Zahrah perlu sejahtera dengan fitrah kanak-kanak serta menghormati hak kanak-kanak. 

Kami juga bertanggungjawab untuk membina persekitaran yang sejahtera untuk kanak-kanak melalui hubungan ibu bapa - guru - anak yang harmoni, komuniti penyayang, apresiasi alam dan persekitaran belajar yang kondusif.

Anak-anak kelainan upaya dan bekeperluan khas juga dipastikan mendapat sokongan yang sewajarnya untuk kesejahteraan kualiti kehidupan mereka.



Kurikulum yang digunakan

Berteraskan sukatan dari Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan  
yang meliputi 6 tunjang utama perkembangan kanak-kanak;

(1) Tunjang Komunikasi
(2) Tunjang Perkembangan Fizikal & Kreativiti
(3) Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai
(4) Tunjang Sains & Teknologi
(5) Tunjang Kemanusiaan
(6) Tunjang Ketrampilan Diri
Picture
Picture

Kaedah Pembelajaran

Dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar, perbezaan dan keunikan setiap kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu dapat diraikan. Pendekatan ini juga dipastikan sejahtera dengan fitrah murid dengan mengambil kira kesesuaian perkembangan anak mengikut umur.

- Belajar melalui Bermain
- Multi-intelligence Approach
- Sudut pembelajaran
- Pembelajaran berpusatkan guru/murid yang seimbang
- Pendedahan kepada kemahiran berfikir secara Kreatif & Kritis
- Pendedahan dan Penerokaan luar kelas 
- Pengajaran Bertema
- Pendekatan Latihtubi
- Pendidikan bersepadu 
Picture

Kaedah Pentaksiran

Sejajar dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia dan amalan standard pendidikan awal kanak-kanak sedunia, Tadika Ceria Az-Zahrah tidak menjalankan sebarang peperiksaan menggunakan pen dan kertas (paper & pen) kerana perbuatan ini melanggar etika kerja sebagai pendidik awal kanak-kanak.

Bagi menggantikan peperiksaan, perkembangan anak-anak disukat dengan pentaksiran berkala yang sesuai dengan Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (Developmentally Appropriate Practice). Perkembangan anak-anak direkodkan secara berterusan sepanjang tahun melalui;

1. Hasil kerja
2. Pemerhatian di dalam kelas
3. Skala perkembangan/kebolehan

Rekod perkembangan anak tuan/puan boleh diakses melalui portfolio peribadi mereka yang disimpan oleh guru kelas. Perjumpaan ibubapa dan guru secara berkala akan diaturkan oleh pihak tadika secara formal dan pertemuan tidak formal adalah sangat digalakkan.

"Ada permata yang istimewa dalam diri setiap anak,
tugas kami adalah untuk mencari & mencungkilnya"

Picture
Picture
Picture
Picture
Powered by Create your own unique website with customizable templates.