TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH, KLANG
  • Home
  • Konsep & Falsafah
  • Yuran Pendidikan
  • Kenali kami
  • Membesar di Az-Zahrah
  • Program & Aktiviti
  • Artikel & Perkongsian
  • Lagu & Lirik Kanak-kanak
  • Diari & Galeri
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Konsep & Falsafah
  • Yuran Pendidikan
  • Kenali kami
  • Membesar di Az-Zahrah
  • Program & Aktiviti
  • Artikel & Perkongsian
  • Lagu & Lirik Kanak-kanak
  • Diari & Galeri
  • Hubungi Kami

IRAMA DAN LAGU

Lagu Kegemaran Kanak-kanak Az-Zahrah

MP3 Lagu Kanak-kanak Islam

Lirik Lagu Kanak-kanak

Haiwan 

Ketam jalan senget-senget,
Itik jalan baris-baris,
Katak jalan lompat-lompat,
Kuda berlari-lari..

Burung terbang tinggi-tinggi,
Ikan dalam air,
Semut jalan jumpa kawan,
Hulur tangan beri salam,
Assalamualaikum..!

Rama-rama

Dari Ulat Jadi Kepompong,
Tidur Nyenyak Dalam Kelongsong,
Cukup Masa Kelongsong Pecah,
Pom! Pom! Jadilah Rama-Rama Yang Indah,
Rama-Rama Terbang Merata,
Hisap Madu Di Pohon Bunga
Sungguh Cantik Aneka Warna,
Tapi Sayang Hidup Tak Lama,
Begitulah Hidup Manusia,
Pada Allah Kita Berdoa,
Agar Jadi Insan Mulia,
Tapi Sayang Hidup Tak Lama.

Gajah

Gajah Berkaki Empat,
MasyaAllah!
Hidungnya Sangat Panjang,
MasyaAllah!
Gading Bercabang Dua,
Tapi Gajah tak Makan Orang,
Kalau Adik Ingin Tahu,
Apa Makanan Gajah,
La, La, La, La...................

Gajah Makan Tebu, Hei!

Tangan Saya

Tangan Di Kepalaku,
Di Pipi Dan Di Bahu,
Di Pinggang, Di Sisi,
Di Belakang Ku Sembunyi,
Ku Angkat Tinggi, Jejari Ku Menari,
Ke Depan Tangan Ku,
Tepuk Tangan Gembira!

6 Budak Botak

6 budak botak,
Main lumba-lumba,
Ketawa sampai jatuh,
Tinggal lagi 5.

5 budak botak,
Main lompat-lompat,
Menangis sampai jatuh,
Tinggal lagi 4.

4 budak botak,
Main bawah meja
Takut sampai jatuh,
Tinggal lagi 3.

3 budak botak,
Kejar orang tua,
Geram sampai jatuh,
Tinggal lagi 2.

2 budak botak,
Main baling batu,
Masam sampai jatuh,
Tinggal lagi 1.

1 budak botak,
Sangat susah hati,
Cari kawan lagi,
Bermain kembali.

(Rentak tepuk amai-amai)

Dua Mata Saya

Dua Mata Saya, Hidung Saya Satu,
Dua Telinga Saya, yang Kiri Dan Kanan,
Dua Kaki Saya, Pakai Kasut Baru,
Satu Mulut Saya, Tidak Berhenti Makan.
Nyam nyam nyam nyam
Burpp.. Alhamdulillah..!

Topi Saya

Saya ada topi,
Topi saya biru,
Kalau tidak biru,
Bukanlah topi saya.

Saya ada topi,
Topi saya merah,
Kalau tidak merah,
Bukanlah topi saya.

Saya ada topi,
Topi saya hijau,
Kalau tidak hijau,
Bukanlah topi saya.

Saya ada topi,
Topi saya kuning,
Kalau tidak kuning,
Bukanlah topi saya.

(Rentak burung kakak tua)

Dalam Satu Minggu

Dalam satu minggu,
Ada tujuh hari,
Lima hari sekolah, dua hari cuti.

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday

Dalam satu tahun,
Ada dua belas bulan,
Ada bulan cerah, ada bulan hujan,
Januari Februari~ Mac April Mei~ Jun~ Julai,
Ogos September Oktober November Disember main hujan! 

Saya Hebat

I am special 2x
Yes I am! 2x
Allah always love me 2x
Yes he does! 2x

Saya hebat 2x
Alhamdulillah! 2x
Allah sayang saya 2x
Subhanallah! 2x

Anggota Badan

Mata untuk lihat,
Hidung untuk bau,
Mulut untuk makan,
Telinga untuk dengar, huh?

Bila jalan-jalan,
Kita guna kaki,
Bila jumpa kawan,
Kita hulur tangan, hei!

Bila dalam kelas,
Jangan buat bising,
Tunggu cikgu datang,
Buat kerja diam-diam, shhh...

Syukur pada Tuhan,
Apa yang diciptakan,
Guna baik-baik,
Jangan disiakan, ingat tau...!

(Rentak Lagu tiga kupang)

Video Lagu Kanak-kanak

Powered by Create your own unique website with customizable templates.