TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH, KLANG
  • Home
  • Konsep & Falsafah
  • Yuran Pendidikan
  • Kenali kami
  • Membesar di Az-Zahrah
  • Program & Aktiviti
  • Artikel & Perkongsian
  • Lagu & Lirik Kanak-kanak
  • Diari & Galeri
  • Hubungi Kami
  • Home
  • Konsep & Falsafah
  • Yuran Pendidikan
  • Kenali kami
  • Membesar di Az-Zahrah
  • Program & Aktiviti
  • Artikel & Perkongsian
  • Lagu & Lirik Kanak-kanak
  • Diari & Galeri
  • Hubungi Kami

ARKIB AZ-ZAHRAH

Koleksi Video

Diari: Duniaku di Az-Zahrah 2014

Picture
PROGRAM BERSAMA YAKULT
Kanak-kanak diberikan penerangan tentang sistem pencernaan dan juga kesan bakteria terhadap perut manusia.

Picture
RAKAMAN RANCANGAN 'APA SAJA FBI' TV9 BERSAMA FAIZAL ISMAIL
9/7/2014- Alhamdulillah, Tadika Ceria Az-Zahrah terpilih untuk menyertai rancangan 'Apa Saja FBI' yang akan ditayangkan di TV9. 
Pengalaman baru untuk anak-anak apabila mereka mengalami sendiri proses penggambaran dijalankan.

Picture
PROGRAM BELANJA BERHEMAH 
6/3/2014 - Program Belanja Berhemah yang diadakan di TESCO KLANG. Anak-anak belajar mengenali tanda harga dan juga mengenalpasti logo halal bagi produk makanan. Dalam pada masa yang sama, simulasi keselamatan diri di tempat awam juga turut dijalankan sebagai pendidikan keselamatan kepada kanak-kanak

Picture
HI-TEA HARI GURU
22/6/2014 - Atas sumbangan ibubapa, guru-guru diraikan di dalam Majlis Hi-Tea di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya Semoga terus berbakti kepada anak bangsa! :)

Picture
HARI TEMU MESRA IBUBAPA GURU
21/6/2014 - Hari bertemu dengan rakan kongsi terutama kami - para ibubapa. Alhamdulillah, maklumbalas daripada ibubapa sangat positif dan memberi semangat kepada kami para guru untuk terus mendidik dan membina pelbagai kemahiran dalam diri anak-anak.


Picture
TAHLIL ARWAH BERSAMA IBUBAPA
21/6/2014 - Kenduri Tahlil diadakan di Taska Az-Zahrah. Selain berkumpul bersama untuk acara tahlil, majlis ini juga bertujuan merapatkan lagi hubungan antara ibubapa dan guru serta pengasuh.

Picture
LAWATAN KE PEJABAT POS
25/6/2014 - Terima kasih Pejabat POS Klang atas layanan 5 bintang kepada anak-anak Tadika Ceria Az-Zahrah. Anak-anak sangat menghargai jasa abang-abang posmen yang sentiasa amanah menghantar surat kepada penerimanya. 

Commuter ride ke pejabat pos juga menambahkan keseronokan anak-anak. Terima kasih juga kepada team Keretapi Tanah Melayu yang memastikan keselamatan ketika menaiki keretapi serta abang & kakak Unit AMAL yang setia menjaga keselamatan kami.

Picture
BOYS & GIRLS FUN DAY 
Futsal Freekick activity for boys and water play for girls.

Picture
FAMILY HOLIDAY PROJECT - FUN ENGLISH AT HOME
16/6/2014 - Lihatlah kreativiti ibubapa dan anak ini! Pelbagai model dilakukan bersama sepanjang cuti sekolah. Tahniah para ibubapa! Pastinya anak-anak akan mengingati pengalaman manis ini.


Picture
EXPLORACE AZ-ZAHRAH KALI KE-2
11/5/2014 - Explorace Az-Zahrah, kembali lagi setelah 5 tahun berlalu. Program ini diadakan bagi menggantikan Temasya Sukan Az-Zahrah yang diadakan secara tahunan. Seramai 45 buah keluarga menyertai program ini. Uniknya, ibubapa yang menyertai pertandingan ini diajak untuk membuat 7 kebaikan sewaktu singgah di 7 checkpoint yang telah diaturkan. Antaranya mengutip sampah, mencuci tandas masjid dan juga menziarahi rumah orang-orang tua. Pemenang telah dianugerahkan dengan penginapan 2 hari 1 malam di Lexis Hotel, Port Dickson.

Picture
KEMBARA ALAM
19-20/4/2014 - Tadabbur alam; melihat ciptaan Allah, betapa luasnya lautan yang punya pelbagai hidupan laut serta tingginya bukit Melawati yang menjadi rumah kepada pelbagai haiwan di darat. Setelah itu, pengalaman bermalam di Hotel De Palma Kuala Selangor pula menjadi kenangan terindah kepada anak-anak apabila dapat berenang, membuat aktiviti dan tidur bersama kawan-kawan.

Picture
PERSEMBAHAN DI AEON BUKIT TINGGI ANJURAN KEDAI BUKU POPULAR
Persembahan kanak-kanak 6 tahun untuk menghiburkan pengunjung AEON Bukit Tinggi, Klang.

Picture
SAMBUTAN HARI GURU 2014
16/5/2014 - Kemeriahan sambutan Hari Guru di Tadika Ceria Az-Zahrah. Terima kasih kepada ibubapa atas hadiah dan sumbangan yang diberikan. Semoga Allah memberkati kerjasama antara kita.

Picture
BENGKEL KEIBUBAPAAN - "A DAY IN THEIR SHOES" KALI KE-4
Bengkel pendidikan rakan kongsi untuk melahirkan ibubapa sebagai pendidik sepanjang hayat. Hari ini ibubapa mengalami pengalaman anak-anak seharian di tadika.Tahniah kepada ibubapa yang hadir!

Picture
KONSEP PEMBELAJARAN BERTEMA - TEMA BUAH-BUAHAN
19/2/2014 - Antara pendekatan yang digunakan di Tadika Ceria Az-Zahrah adalah Pembelajaran Bertema. Kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai tema pada setiap minggu

Picture
CERAMAH KESIHATAN UNTUK IBUBAPA DAN GURU-GURU
26/1/2014 - Ceramah kesihatan kanak-kanak diadakan untuk membantu ibubapa mengendalikan bantuan kecemasan untuk anak-anak dirumah dan juga ditadika oleh guru-guru. Bantuan kecemasan yang dikongsikan seperti kemalangan kecil, tercekik, sawan dan sebagainya untuk pendedahan kepada ibubapa dan guru.

Picture
HARI TAKLIMAT IBUBAPA SESI 2014
Hari Taklimat ibubapa telah diadakan di Hotel Goldcourse, Klang sebelum sesi 2014 dimulakan. Kehadiran ibubapa amat menggalakkan untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini mengenai konsep, peraturan dan serta aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2014.

Picture
TAHNIAH! JOHAN & NAIB JOHAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT KARIAH SUNGAI UDANG
Alhamdulillah, kontigen Tadika Ceria Az-Zahrah telah memenangi dua kategori pertandingan perarakan yang dianjurkan oleh Masjid Darul Muttaqin Sungai Udang sempena sambutan Maulidur Rasul. Kontigen TCAZ telah berjaya merangkul gelaran Johan bagi kategori Sepanduk Terbaik dan juga Naib Johan bagi kategori perarakan.

Picture
PERTANDINGAN MEWARNA DI PPAS SG. UDANG
Alhamdulillah, tahniah kepada wakil pelajar Tadika Ceria Az-Zahrah yang memenangi pertandingan mewarna anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor cawangan Sungai Udang sempena program Jom Baca 2014.

Picture
JEMPUTAN KHAS: 
PERASMIAN TESCO BUKIT TINGGI BERSAMA MIA SARA
Serama 10 orang kanak-kanak telah menyertai jemputan khas oleh pihak TESCO sempena majlis pembukaan pasaraya bersama selebriti cilik, Mia Sara

Diari: Duniaku di Az-Zahrah 2013

Picture
Picture

Az-Zahrah di akhbar harian 'The Star'

Pelajar Tadika Ceria Az-Zahrah ketika menyertai program 'Superhero' anjuran Malaysian Islamic Children Fair (MICF).

Penggambaran Video Klip 'Jom Zikir'
bersama Heliza Helmi

Tadika Ceria Az-Zahrah telah terpilih sebagai salah satu lokasi untuk penggambaran video klip terbaru pendakwah bebas, Heliza Helmi untuk lagunya 'Jom Zikir'. Kanak-kanak 6 tahun memberikan kerjasama yang baik serta gembira apabila didedahkan dengan irama zikir yang ceria dan rancak.
Picture

Semarak Ramadhan 1434 - Kem Anak Soleh

Program Kem Anak Soleh tahun ini berlalu dengan meriah sekali. Setiap anak-anak diberikan dengan button badge yang berwarna-warni sebagai tanda meraikan kehadiran Ramadhan. Anak-anak juga dibawa melawat ke Surau al-Khusyairiah untuk melihat proses pembuatan Bubur Lambuk dan solat Dhuha. Setelah itu, anak-anak dibawa pula ke Kompleks Tahfiz As-Sofiuddin (KOMTAS) untuk bertadarus ringkas dengan abang-abang al-hafiz. Petangnya pula diisi dengan kehadiran warga Palestin dari pihak Aman Palestin. Aktiviti seperti berbuka bersama, solat berjemaah, sambutan Hari Lahir dan solat terawih mengisi malam Ramadhan yang penuh barakah itu. 



azzahrah

Temasya Sukaneka 2013 - Hotel Impian Morib, Banting

Selepas mengadakan lawatan, kami 'check-in' di Hotel Impian Morib untuk rehat serta mandi di kolam renang pada petangnya. Keesokan harinya pula telah diadakan Temasya Sukaneka kali ke10 yang telah dihadiri oleh  ibubapa serta keluarga untuk menyaksikan kami mengambil bahagian dalam beberapa acara mengikut kelas masing-masing. Kemeriahan terserlah apabila ibubapa datang dengan baju bertemakan warna biru dan jingga mewakili rumah sukan kami. Temasya sukaneka diakhiri dengan pertandingan tarik tali dimana rumah jingga telah memenangi acara tersebut. Terima kasih kepada semua guru-guru yang telah bertungkus lumus melatih dan memberikan semangat kepada kami serta melayan kerenah kami dengan sabar dan kekal ceria.
Tadika Ceria Az-Zahrah
Picture

Jejak Musafir - Lawatan ke Kebun Kopi

Selepas berada lebih kurang 1 jam di kilang kerepek, kami sempat singgah dikebun kopi yang berada di Kanchong Darat dimana kami dapat mengenali dan menyentuh buah kopi yang berwarna merah dan hijau. Ada sebahagian dari kami yang sempat memanjat pokok kopi dan memetik buah kopi. Semasa didalam bas, kami diberikan uncang kopi untuk mencium bau kopi dan merasanya. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan terindah buat kami.

Picture

Lawatan ke Kilang Roti Hi5 & Perpustakaan Tun Uda, Shah Alam

20 Jun 2013 - Kami diberi peluang untuk melihat sendiri proses pembuatan roti dan mempelajari sejarah tentang roti yang bermula sejak 5000 tahun dahulu di kilang roti Hi5 di Shah Alam. Kami melihat bagaimana roti diadun, dibakar dan dibungkus untuk dihantar ke kedai. Lebih menarik, kepulangan kami disertai dengan 'goody bag' yang penuh dengan produk roti Hi5. Setelah itu, kami meneruskan kembara kami ke Perpustakaan Raja Tun Uda. Di sana, kami diraikan dengan sesi bercerita, pergerakan kreatif dan tayangan video 2D. 

Jejak Musafir - Lawatan ke Ros Kerepek, Sg. Lang, Banting

18 Mei 2013 - Program Jejak Musafir Az-Zahrah telah diadakan pada 18 Mei 2013 bermula dengan lawatan ke Kilang Kerepek di Sungai Lang, Banting. Proses membuat kerepek telah dapat diperolehi oleh kami. Kami meliohat sendiri bagaimana dari seketul ubi kayu akhirnya menjadi kerepek yang dibungkus dan siap untuk dijual. Di akhir lawatan ini, kami dapat menikmati kerepek ubi kayu, pisang, kerepek bawang yang baru siap digoreng dengan rasanya yang sedap dan rangup.



Jejak Musafir 2013

Temasya Sukaneka 2013

Kem Anak Soleh 2013

Program Jom ke Masjid 2013

Lawatan ke Kilang Roti High-5 dan PPAS

Sesi Fotografi 2013

Majlis Hari Bakat & Anugerah 2012 : Tema Alam Rimba

Sambutan Hari Kanak-kanak bersama A&W

Program Ihya Ramadhan 2012
Program Go Green Bersama MPK

Lawatan ke Kidzania

Bengkel Ibubapa 'A Day in Their Shoes'

Program 'Jom Ke Masjid' bersama PERTIM

Program Kembara Alam

Temasya Sukaneka 2012

Mutiara Az-Zahrah dalam Kenangan 2011

Hari Bakat Dan Anugerah 2011

Powered by Create your own unique website with customizable templates.